PENDIDIKAN



KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI (KTB)

KTB dibina di atas sebidang tanah seluas 320 ekar di daerah Setiu, Terengganu pada 14 Jun 1998 untuk memberi peluang kepada anak yatim dan miskin juga masyarakat umum melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang akademik.
KTB menjalin kerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara.
KTB menawarkan kursus di peringkat Ijazah, Diploma dan juga Sijil dalam pelbagai disiplin ilmu.


INSTITUT KEMAHIRAN BESTARI (IKB)



IKB dibina pada 26 September 2002 untuk membuka peluang kepada anak yatim dan miskin juga masyarakat umum yang kurang berminat dalam bidang akademik untuk menceburkan diri dalam pelbagai bidang kemahiran.